Friday, 3 June 2016
Thank You Very Much
Alhamdulillah..
Berlalu sudah 14 minggu waktu kuliah. Akhirnya selesailah semester 2 sesi 2015/2016..
Banyak pengalaman pahit dan manis serta pengajaran yang Sha kutip sepanjang kuliah ini..
Banyak ilmu-ilmu baru yang Sha pelajari di sini yang Sha rasakan tidak mungkin Sha dapat diluar sana..
Banyak sangat kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sebelum ini tidak pernah Sha dengar dan alami Sha pelajari di sini.
Sha harap ilmu yang Sha dapat ini dapat membentuk diri Sha untuk menjadi pendidik yang lebih baik pada masa yang akan datang.
Dan insyaAllah, ilmu ini tidak terhenti di sini sahaja tetapi dikongsikan dengan rakan-rakan di sekolah yang tidak mendapat peluang seperti mana yang Sha dapat.
Terima kasih yang tidak terhingga Sha ucapkan kepada semua rakan dan pensyarah yang sangat-sangat membantu, mendorong, memberi semagat dan memahami diri ini yang banyak sangat kelemahan..
Hanya tuhan sahaja yang mampu membalasnya.
Amin..
Sehingga berjumpa lagi..
May Allah bless you always..
YES! I DID IT
Alhamdullillah..Sha berjaya mengaplikasikan PBL di sekolah. Aktiviti ini dijalankan di Sekolah Menengah Al-Hidayah, Ipoh. Para pelajar yang terlibat adalah pelajar tingkatan 5 Soleh. Seramai 10 orang pelajar yang mengikut pembelajaran ini.
Pada mulanya, para pelajar merasakan kaedah ini agak sukar kerana ini merupakan kali pertama mereka berhadapan dengan PBL. Kebiasaannya mereka hanya perlu mendengar apa yang diajarkan oleh guru di dalam kelas. Namun begitu, dengan kaedah PBL ini mereka perlu berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Tetapi daripada maklum balas yang diperolehi adalah sangat positif. Para pelajar berpendapat kaedah PBL ini mampu membantu mereka di dalam pelajaran dan menggalakkan pelajar supaya berfikir di luar kotak.Ianya juga dapat membantu mereka mengaitkan ilmu yang mereka pelajari di sekolah dengan kehidupan seharian.
Pada mulanya, para pelajar merasakan kaedah ini agak sukar kerana ini merupakan kali pertama mereka berhadapan dengan PBL. Kebiasaannya mereka hanya perlu mendengar apa yang diajarkan oleh guru di dalam kelas. Namun begitu, dengan kaedah PBL ini mereka perlu berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Tetapi daripada maklum balas yang diperolehi adalah sangat positif. Para pelajar berpendapat kaedah PBL ini mampu membantu mereka di dalam pelajaran dan menggalakkan pelajar supaya berfikir di luar kotak.Ianya juga dapat membantu mereka mengaitkan ilmu yang mereka pelajari di sekolah dengan kehidupan seharian.
Pelajar duduk dalam kumpulan kecil
Pelajar membaca problem scenario dan berbincang
Pelajar mengisi fila chart
pembentangan dalam kumpulan
Kuiz Kahoot!
Kahoot! Adalah satu aplikasi online yang
memerlukan rangkaian internet untuk mengaksesnya. Ianya juga boleh digunakan
untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi Kahoot! ini berbentuk kuiz
online yang disediakan oleh seseorang atau sesebuah pihak dengan menggunakan
satu nombor pin di mana pemainnya perlu menaip nombor pin tersebut supaya
pemain tersebut dapat menyertai permainan kuiz tersebut.
Seperti yang telah Sha lakukan di sekolah,
terbukti aplikasi ini dapat menghidupkan suasana yang lebih ceria. Pelajar akan
merasa gembira dan tidak berasa bosan mahupun mengantuk. Aplikasi ini akan mengira markah berdasarkan
kepantasan dan ketepatan seseorang pelajar itu menekan jawapan. Jadi, walaupun
dua orang pelajar menjawab kuiz dengan betul namun begitu markah mereka adalah
berbeza berdasarkan kepantasan mereka menekan jawapan tersebut.
Pilihan jawapan adalah berdasarkan bentuk atau
imej dan bukannya A, B, C dan D yang kita biasa didedahkan dalam kuiz-kuiz
mahupun peperiksaan. Dan setiap soalan mempunyai had masa yang tertentu yang
telah ditetapkan.
Aplikasi ini sangat menarik jika dimain
beramai-ramai. Pelajar akan akan bersaing sesama sendiri dan mendorong mereka
untuk lebih berusaha mengumpul markah tertinggi yang akan ditayangkan di skrin layar.
gambar hiasan
Thursday, 2 June 2016
Powerful tools for teaching and learning : Web 2.0
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia..
Salah satu tugasan yang Sha perlu selesaikan di dalam kursus SFP6024
adalah membuat suatu kajian tindakan yang menggunakan alat yang terdapat dalam
Web 2.0 (web 2.0 tools). Apa yang perlu Sha lakukan ialah mendaftar salah satu
kursus ‘Powerful tools for teaching and learning’ yang terdapat di dalam courser.org.
Sha perlu mengikuti kursus tersebut dalam tempoh
masa kira-kira 3 hingga 4 jam. Disebabkan Sha mendaftar luar daripada sesi
sepatutnya kursus itu berjalan, Sha tidak dapat mengikuti Forum dan hanya boleh
menonton video dan membuat kuiz yang disediakan. Selepas selesai menjalani
kursus tersebut Sha perlu merangka satu kajian tindakan dengan menggunakan web
2.0.
Web 2.0 mengajar Sha cara untuk meneroka
strategi untuk dan pendekatan yang berkesan mengintegrasikan web 2.0 dalam pengajaran
di sekolah. Dalam kursus ini, Sha didedahkan dengan alat web 2.0 yang digunakan
untuk mengatasi masalah komunikasi, kerjasama dan kreativiti yang berlaku di
kalangan pelajar.
Pelbagai alat web 2.0 boleh digunakan seperti facebook, blog, audioboo, storyjumper dan lain-lain. Namun begitu, setiap alat mempunyai fungsi yang tersendiri dalam menyelesaikan masalah. Alat yang digunakan haruslah bersesuaian dengan masalah yang terjadi.
Untuk kajian tindakan yang Sha akan jalankan, Sha bercadang menggunakan aplikasi Kahoot!. Aplikasi ini Sha gunakan bagi mengatasi masalah komunikasi. Kebiasaanya Sha hanya menggunakan kaedah talk&chalk. Hal ini menyebabkan sesetengah pelajar menjadi bosan dan kurang minat untuk belajar menyebabakan pelajar menjadi pasif sewaktu di dalam kelas. insyaAllah dalam post yang seterusnya Sha akan terangkan berkenaan aplikasi Kahoot!. see yeah>>>>
Kajian Tindakan
Secara amnya kajian tindakan
merujuk kepada penyelidikan ke atas amalan oleh pengamal, baik secara individu
mahupun bersama pengamal lain; untuk mengubah dan menambah baik amalan sedia
ada. Dalam bidang pendidikan, pengamal boleh terdiri daripada seorang guru,
pentadbir atau seseorang kaunselor sekolah, atau individu lain yang terlibat
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, lazimnya kajian
tindakan merujuk kepada penyelidikan yang dijalankan oleh guru untuk
memperbaiki amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, guru boleh
menyelidik kaedah pengajaran dan bahan pengajaran yang digunakannya untuk
meningkatkan lagi keberkesanan pengajarannya.
Guru juga boleh
menjalankan penyelidikan ke atas para pelajarnya bagi mengenal pasti kesukaran
yang dihadapi oleh mereka dalam memahami sesuatu perkara atau topik yang
diajar. Melalui penyelidikan yang dijalankan, guru akan beroleh maklumat bagi
merangka suatu tindakan yang bakal diambil, diikuti oleh suatu penyemakan sama
ada tindakan yang diambil itu berkesan atau tidak. Sekiranya tidak berkesan,
maklumat baru akan dikumpul bagi membuat tindakan susulan dengan diikuti
penyemakan seterusnya. Penyelidikan ini dijalankan secara berterusan
sehinggalah penyelesaian ditemui untuk masalah yang dihadapi. Oleh itu,
kajian tindakan boleh dikatakan menghubungkan suatu penyelidikan dengan
tindakan agar tindakan yang diambil oleh guru adalah tindakan yang berasaskan
fakta atau maklumat yang diperoleh melalui penyelidikan yang dijalankan oleh
guru sendiri sebagai pengamal.
Terdapat beberapa definisi yang sering dirujuk tentang kajian tindakan:
Elliot (1981) - Elliot menyifatkan kajian tindakan sebagai suatu kerangka penilaian kendiri (framework for self evaluation) dan pendekatan yang digunakan, mementingkan aktiviti refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk memperbaiki atau mengubah amalan kendiri dalam lingkungan situasi sosial yang terdiri daripada guru, pelajar, pentadbir, ibu bapa dan individu-individu lain yang berkepentingan. Menurutnya, kajian tindakan juga merupakan penyelidikan situasi sosial yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti tindakan dalam lingkungan sendiri. Definisi yang selalu dijadikan rujukan, khususnya di Malaysia, ialah kajian tindakan guru berkaitan dengan permasalahan harian yang dilalui oleh guru, bukannya masalah teoritikal seperti mana yang dikemukakan oleh penyelidik akademik.
Ebbut (1985) - Ebbut mendefinisikan kajian tindakan sebagai suatu penyelidikan yang
sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan
memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri
serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.
McNiff (1988) - McNiff mendefinisikan kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk
memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan
menggalakkan guru-guru menyedari amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap
amalan-amalan tersebut, dan bersedia untuk mengubahnya. Kajian ini melibatkan
guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka, di samping melibatkan guru-guru
lain.
Cochran & Lytle (1990) - Cochran & Lytle mentakrifkan kajian tindakan sebagai penyelidikan berasaskan bilik darjah yang merupakan inisiatif guru dan dilaksanakan oleh guru. Penyelidikan yang dijalankan membolehkan guru meneroka isu-isu yang menarik perhatian mereka. Pendekatan ini juga membolehkan ilmu guru dijadikan sebahagian daripada literatur pendidikan dan seterusnya, secara tidak langsung, menyumbang ke arah pembinaan struktur pendidikan.
Cochran & Lytle (1990) - Cochran & Lytle mentakrifkan kajian tindakan sebagai penyelidikan berasaskan bilik darjah yang merupakan inisiatif guru dan dilaksanakan oleh guru. Penyelidikan yang dijalankan membolehkan guru meneroka isu-isu yang menarik perhatian mereka. Pendekatan ini juga membolehkan ilmu guru dijadikan sebahagian daripada literatur pendidikan dan seterusnya, secara tidak langsung, menyumbang ke arah pembinaan struktur pendidikan.
Kember & Gow (1992) - Kember & Gow menyatakan kajian tindakan melibatkan pengamal
(guru) yang cuba membaiki pengajaran mereka melalui lingkaran yang melibatkan
proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian, dan refleksi.
Calhoun (1993) - Calhoun menyatakan bahawa kajian tindakan boleh dibahagikan kepada
tiga kategori, iaitu kajian tindakan individu (individual action research),
di mana kajian tindakan dilaksanakan oleh guru secara bersendirian; kajian
tindakan kolaboratif (collaborative action research), iaitu penyelidikan
yang dilaksanakan oleh sekumpulan guru dengan individu di institusi pengajian
tinggi atau yang setaraf dengannya; school wide action research, iaitu
penyelidikan yang melibatkan seluruh staf atau guru bersama konsortium sekolah.
McBride & Schostak (1994) - kajian tindakan merupakan refleksi tentang pengajaran sendiri yang dilakukan dalam satu putaran perubahan, di mana fokus utama adalah untuk memperbaiki amalan kendiri.
McBride & Schostak (1994) - kajian tindakan merupakan refleksi tentang pengajaran sendiri yang dilakukan dalam satu putaran perubahan, di mana fokus utama adalah untuk memperbaiki amalan kendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)