Thursday 2 June 2016

Apa itu Blended Learning Systems


 

Minggu ketujuh kuliah, kursus SFP6024 sekali lagi menjalankan online mode.Kali ini, tugasan yang diberi adalah berkenaan Blended learing. BLS atau Blended Learning Systems adalah suatu sistem proses belajar mengajar dimana teknologi, khususnya ICT, digunakan sebagai salah satu kaedah atau sarana pendukung kegiatan belajar.

Menurut Harding, Kaczynski dan Wood, 2005, Blended learning merupakan pendekatan pembelajaran yang mengintegrasikan pembelajaran tradisonal tatap muka dan pembelajaran jarak jauh yang menggunakan sumber belajar online dan beragam pilihan komunikasi yang dapat digunakan oleh guru dan siswa Pelaksanaan pendekatan ini memungkinkan penggunaan sumber belajar online, terutama yang berbasis web, dengan tanpa meninggalkan kegiatan tatap muka. Dengan pelaksanaan blended learning ini, pembelajaran berlangsung lebih bermakna karena keragaman sumber belajar yang mungkin diperoleh.

Kita boleh simpulkan, blended learning sebagai proses pembelajaran yang memanfaatkan berbagai macam pendekatan yang mengkombinasikan pembelajaran secara konvensional di mana pelajar dan guru saling berinteraksi secara langsung, belajar mandiri dengan modul yang telah disediakan serta belajar mandiri secara online.

Oleh itu, tiada alasan untuk seseorang itu tidak dapat belajar. Ini kerana pembelajaran bukan hanya berlaku di dalam bilik darjah sahaja tetapi juga boleh berlaku di luar bilik darjah. Hal ini bergantung kepada kesungguhan dan ketekunan seseorang untuk menuntut ilmu.

No comments:

Post a Comment