Thursday 2 June 2016

PBL Problem Design and Crafting Scenario




Salam semua... Hari ini Sha nak kongsikan bagaimana langkah-langkah untuk merekabentuk masalah dan membina problem scenario untuk PBL. Untuk membina problem scenario  PBL memang sangat mencabar.

Yang pertama, kita perlu mengenal pasti pengetahuan atau konsep yang kita harapkan pelajar perolehi seperti daya elektik, impuls atau gerakan jatuh. Setelah itu, kita haruslah merekabentuk masalah yang kita alami dalam kehidupan seharian. Masalah ini mestilah mempunyai hubungan atau kaitan dengan pengetahuan atau konsep tadi. Akhirnya, kita haruslah membina satu problem scenario yang mengandungi plot dan karektor-karektor yang menarik. Di dalam problem scenario, kita harus pandai membuatkan pelajar merasakan karektor utama atau orang yang akan menyelesaikan masalah adalah diri pelajar itu sendiri. Selain itu, tajuk juga memainkan peranan yang penting bagi menarik minat pelajar.

Sha dan kumpulan membina problem scenario untuk menyelesaikan masalah kelewatan penghantaran barang oleh tongkang. Jadi untuk menyelesaikannya, pelajar perlu merekabentuk tongkang yang baru bagi memastikan barang sampai pada masa yang ditetapkan. Jalan cerita yang digunakan menarik. Namun begitu, kaitan antara jalan cerita dan masalah masih banyak yang perlu kami baiki. Aktiviti ini benar-benar mencabar kreativi dan pemikiran kritis kami...

No comments:

Post a Comment