Thursday 2 June 2016

Problem Based Learning (PBL)


Alhamdulillah sudah masuk minggu ketiga kuliah. Minggu ni Sha belajar benda baru  lagi dalam kursus SFP6024 iaitu problem Based Learning atau singkatannya adalah PBL. PBL bermaksud pembelajaran berasaskan masalah. Semasa di dalam kelas, kami diberi penerangan dan penjelasan tentang PBL dan mengalami sendari bagaimana pembelajaran ini berlangsung. Suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Apa itu BLP? PBL merupakan suatu pendekatan pembelajaran untuk belajar cara fikir yang kreatif dan keterampilan pemecahan masalah untuk memperoleh pengetahuan dan konsep yang esensial dari materi pelajaran dengan menggunakan masalah dunia nyata. Peranan guru hanyalah menyajikan masalah, mengajukan pertanyaan dan memfasilitasi penyelidikan dan dialog.

PBL ini dimulai dengan adanya masalah atau senario yang dimunculkan siswa atau guru. Kemudian pelajar memperdalamkan pengetahuan tentang apa yang mereka telah katahui dan dan apa yang mereka perlu diketahui untuk memecahkan masalah tersebut. Segala informasi dicatatkan dalam bentuk jadual yang dipanggil sebagai Fila Chart. Pendekatan pengajaran ini dapat mengubah tradisi pengajaran biasa yang hanya tertumpu kepada guru kepada pengajaran tertumpu kepada pelajar. Hal ini dapat menghapuskan sifat pasif kepada sifat aktif dalam diri pelajar.

Semasa di dalam kelas, kami telah dipecahkan kepada kumpulan kecil. Shad dan rakan perlu menyelesaikan masalah berkenaan bayaran bil elektrik. Setelah mendapat lembaran masalah atau scenario kami diberi masa yang lama untuk mengumpulkan maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah. Setelah masa tamat, setiap kumpulan perlu membentangkan hasil kerja masing-masing. Dari situ kita boleh melihat idea-idea kumpulan lain bagaimana mereka menyelesaikan masalah dan kita akan dapati terdapat pelbagai jalan yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah.

 Untuk pertama kali, kaedah ini akan membuatkan kita rasa tertekan dan buntu. Tetapi dengan adanya bantuan fesilitasi daripada Dr. Nurul ianya dapat membantu kami menyelesaikan masalah. PBL juga membuatkan kami berfikir di luar kotak dan mengaplikasikan fizik dalam kehidupan seharian. Sha harap Sha dapat mengaplikasikan PBL dalam pengajaran suatu hari nanti..:)

No comments:

Post a Comment