Selepas pendaftaran pelajar minggu lepas, sekarang Sha dalam proses untuk membuat pendaftaran kursus pula. Setelah memikirkan secara serius dan mendalam tentang hari dan waktu kuliah, akhirnya Sha memutuskan untuk mengambil tiga kursus sahaja untuk semester ini. Jumlah kredit adalah sebanyak 14 kredit. Mari Sha perkenalkan kursus-kursus yang Sha pilih:
1)
|
Nama kursus : Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan
Kod kursus : GRU6014
Masa : 3.00 - 7.00 pm
Hari : Jumaat
Jam kredit : 4
Kursus ini memperkukuhkan pengatahuan pelajar kepada
beberapa aspek dalam proses penyelidikan dalam pendidikan seperti mengenal
pasti bidang dan topik penyelidikan; tujuan penyelidikan; membentuk soalah
penyelidikan; teori saintifik; model dan hipotesis; kajian lampau; pelbagai
kaedah memungut data; membuat analisis dan tafsiran data; kesimpulan dan
syor; menulis laporan; dan etika dalam penyelidikan.
|
2)
|
Nama kursus :
Mekanik Teori
Kod kursus : SFF6014
Masa : 8.00 – 12.00 am
Hari : Sabtu
Jam kredit : 4
Kursus ini membincangkan topik aras tinggi dalam
mekanik teori yang melibatkan aljabar vektor dan kalkulus lanjutan, mekanik
Newton, Langrange dan Hamilton serta aplikasi mereka dalam topik-topik
terpilih.
|
3)
|
Nama kursus : Teknologi Dan Inovasi Dalam
Pembelajaran Dan Pengajaran Fizik
Kod kursus : SFP6024
Masa : 12.00 – 4.00 pm
Hari : Sabtu
Jam kredit : 4
Kursus ini membincangkan isu-isu semasa dan
perkembangan penggunaan teknologi dalam pendidikan sains. Berasaskan model
konstruktivis pengajaran dan pembelajaran sains, bekerja secara kooperatif
dalam suasana yang praktif, pelajar akan didedahkan kepada pelbagai aplikasi
ICT, meliputi peranan simulasi, data logging, aplikasi berasaskan
internet dan sesawang, dan hamparan elektronik. Alat ICT yang diperkenalkan
termasuk papan interaktif, data loggers dan open sourse softwares.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Sha. Amin... ;) |
No comments:
Post a Comment