Thursday 2 June 2016

Falsafah Pendidikan

Minggu pertama dalam kelas Teknologi Dan Inovasi Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran Fizik, Sha dapat rasa kelas ini sangat menarik dan lain dari lain. Kursus ini diajar oleh Prof. Dr. Nurulhuda Abd Rahman.

Untuk minggu pertama, akktivi yang dilakukan ialah ice-breaking, pengenalan berkenaan kursus ini, falsafah pendidikan dan e-portfolio dalam myguru. Semasa ice-breaking, semua pelajar perlu berkenalan dengan semua orang yang berada di situ dan seterusnya mengkelaskan orang-orang tertentu mengikut ciri-ciri yang tertera di dalam kertas yang diberi oleh Dr. Nurul.  Contoh ciri-ciri yang ada adalah seorang ibu, suka memasak dan aktif facebook. Waktu tu masing-masing sibuk berkenalan antara satu sama lain tanpa mengira agama dan bangsa. Namun, satu benda yang kami terlepas pandang ialah kami terlupa untuk berkenalan dengan Dr Huda sendiri walaupun dia ada di dalam kelas pada waktu itu. Haha …

Seterusnya adalah pengenalan kursus dan e-portfolio myguru.  Gred yang diperolehi untuk kursus ini adalah 100% dari markah tugasan. Maksudnya tiada peperiksaan akhir. Setiap tugasan mestilah dimuat naik di dalam web myguru dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Assessments:
Lesson Plan with Appendices: 20%
Video clip and its presentation: 30%
MOOC: 30%
Blog/Website/e-portfolio: 20% 

Apa falsafah pendidikan Sha?? Falsafah pendidikan ini penting  dan bertujuan untuk mencari kebenaran sekaligus memberi arah tuju kepada perkara yang penting dalam kehidupan seorang guru. Falsafah pendidikan Sha adalah ‘Pendidik Beribawa Merubah Bangsa’. Pendidik membawa maksud yang lebih meluas bukan sekadar orang yang mengajar tetapi menjadi agen kepada pembaruan. Jika didepan menjadi contoh, jika di tengah membangunkan hasrat untuk belajar dan jika di belakang memberi dorongan. Pendidik mendidik dengan penuh kepercayaan dan kasih sayang bagi memastikan generasi akan datang menjadi manusia yang lebih baik. InsyaAllah.... :>

No comments:

Post a Comment