Thursday 2 June 2016

Perjalanan Baru Kehidupan


18 Februari 2016, Khamis - Hari ini adalah hari pendaftaran baru pelajar master semester 2 sesi 2015/2016. Pendaftaran bermula pada pukul 10.00 pagi. Terdapat pelbagai program pengajian yang ditawarkan di UPSI.

Sha telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat master dalam bidang Pendidikan (Fizik). Mod pengajian yang Sha pilih ialah Mod C (kerja kursus dan projek). Disebabkan Sha memilih pengajian separuh masa, maka tempoh minimum jangka masa pengajian ialah 4 semester (2 tahun) dan tempoh maksimum ialah 10 semester (5 tahun) dengan jumlah kredit yang perlu diambil sebanyak 48 kredit.

Tempat pendaftaran pelajar baru dibahagiakan kepada dua tempat iaitu di Kampus Lama dan Kampus Baru (Proton City). Pendaftaran untuk pelajar di bawah fakulti yang Sha dapat iaitu Fakulti Matematik dan Sains berlangsung di Dewan Besar Kampus Baru. Pelajar mesti melalui tiga check points. Pertama adalah pendaftaran mengikut fakulti dengan menyerahkan dokumen-dokumen penting yang diminta oleh pihak universiti. Kedua adalah urusan kad matrik pelajar. Terakhir adalah penyerahan dokumen rekod kesihatan dan x-ray.

 Selepas aktiviti pendaftaran selesai, semua pelajar berkumpul di Dewan Besar untuk mendengar taklimat pengenalan dari Pusat Pengajian Siswazah, dekan-dekan Fakulti dan dan Naib Censelor UPSI. Setelah itu, pelajar berkumpul mengikut fakulti di dewan kuliah yang telah ditetapkan. Di sana, pelajar diberi taklimat ringkas berkenaan fakulti masing-masing oleh dekan dan wakil persatuan pelajar. Seterusnya, pelajar dikumpulkan mengikut bidang pengajian masing-masing. Untuk Program Sarjana Pendidikan (Fizik), jumlah pelajar yang mendaftar pada sesi ini hanyalah seramai dua orang sahaja. Sha dan kak Juliana. Berbeza dengan Program pendidikan matematik dan kimia, jumlah mereka masing-masing hampir satu per tiga daripada dewan kuliah. Sha dan kak Juliana diberi penerangan tentang struktur dan kursus yang terdapat dalam program yang kami ambil. Akhir sekali, sebelum bersurai semua pelajar baru diminta bergerak ke makmal komputer untuk pendaftaran kursus.

Sha harap dengan keputusan menyambung pengajian ke peringkat master, dapat merubah masa depan dengan Sha ke arah yang lebih baik dan membentuk diri Sha agar menjadi insan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang… :>

No comments:

Post a Comment