Friday 3 June 2016

PBL by Muallimah Syahirah (edit)

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) by Mh Syahirah

Thank You Very Much

Alhamdulillah..
Berlalu sudah 14 minggu waktu kuliah. Akhirnya selesailah semester 2 sesi 2015/2016..
Banyak pengalaman pahit dan manis serta pengajaran yang Sha kutip sepanjang kuliah ini..
Banyak ilmu-ilmu baru yang Sha pelajari di sini yang Sha rasakan tidak mungkin Sha dapat diluar sana..
Banyak sangat kaedah pengajaran  dan pembelajaran yang sebelum ini tidak pernah Sha dengar dan alami Sha pelajari di sini.
Sha harap ilmu yang Sha dapat ini dapat membentuk diri Sha untuk menjadi pendidik yang lebih baik pada masa yang akan datang.
Dan insyaAllah, ilmu ini tidak terhenti di sini sahaja tetapi dikongsikan dengan rakan-rakan di sekolah yang tidak mendapat peluang seperti mana yang Sha dapat.
Terima kasih yang tidak terhingga Sha ucapkan kepada semua rakan dan pensyarah yang sangat-sangat membantu, mendorong, memberi semagat dan memahami diri ini yang banyak sangat kelemahan..
Hanya tuhan sahaja yang mampu membalasnya.
Amin..
Sehingga berjumpa lagi..
May Allah bless you always..


YES! I DID IT

Alhamdullillah..Sha berjaya mengaplikasikan PBL di sekolah. Aktiviti ini dijalankan di Sekolah Menengah Al-Hidayah, Ipoh. Para pelajar yang terlibat adalah pelajar tingkatan 5 Soleh. Seramai 10 orang pelajar yang mengikut pembelajaran ini.

Pada mulanya, para pelajar merasakan kaedah ini agak sukar kerana ini merupakan kali pertama mereka berhadapan dengan PBL. Kebiasaannya mereka hanya perlu mendengar apa yang diajarkan oleh guru di dalam kelas. Namun begitu, dengan kaedah PBL ini mereka perlu berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Tetapi daripada maklum balas yang diperolehi adalah sangat positif. Para pelajar berpendapat kaedah PBL ini mampu membantu mereka di dalam pelajaran dan menggalakkan pelajar supaya berfikir di luar kotak.Ianya juga dapat membantu mereka mengaitkan ilmu yang mereka pelajari di sekolah dengan kehidupan seharian.

 Pelajar duduk dalam kumpulan kecil

Pelajar membaca problem scenario dan berbincang

 Pelajar mengisi fila chart

pembentangan dalam kumpulan

Kuiz Kahoot!




Kahoot! Adalah satu aplikasi online yang memerlukan rangkaian internet untuk mengaksesnya. Ianya juga boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi Kahoot! ini berbentuk kuiz online yang disediakan oleh seseorang atau sesebuah pihak dengan menggunakan satu nombor pin di mana pemainnya perlu menaip nombor pin tersebut supaya pemain tersebut dapat menyertai permainan kuiz tersebut.

Seperti yang telah Sha lakukan di sekolah, terbukti aplikasi ini dapat menghidupkan suasana yang lebih ceria. Pelajar akan merasa gembira dan tidak berasa bosan mahupun mengantuk. Aplikasi ini akan mengira markah berdasarkan kepantasan dan ketepatan seseorang pelajar itu menekan jawapan. Jadi, walaupun dua orang pelajar menjawab kuiz dengan betul namun begitu markah mereka adalah berbeza berdasarkan kepantasan mereka menekan jawapan tersebut.

Pilihan jawapan adalah berdasarkan bentuk atau imej dan bukannya A, B, C dan D yang kita biasa didedahkan dalam kuiz-kuiz mahupun peperiksaan. Dan setiap soalan mempunyai had masa yang tertentu yang telah ditetapkan.

Aplikasi ini sangat menarik jika dimain beramai-ramai. Pelajar akan akan bersaing sesama sendiri dan mendorong mereka untuk lebih berusaha mengumpul markah tertinggi yang akan ditayangkan di skrin layar.

 gambar hiasan

Thursday 2 June 2016

Powerful tools for teaching and learning : Web 2.0




Assalamualaikum dan salam satu Malaysia..
Salah satu tugasan yang Sha perlu selesaikan di dalam kursus SFP6024 adalah membuat suatu kajian tindakan yang menggunakan alat yang terdapat dalam Web 2.0 (web 2.0 tools). Apa yang perlu Sha lakukan ialah mendaftar salah satu kursus ‘Powerful tools for teaching and learning’ yang terdapat di dalam courser.org.
 
Sha perlu mengikuti kursus tersebut dalam tempoh masa kira-kira 3 hingga 4 jam. Disebabkan Sha mendaftar luar daripada sesi sepatutnya kursus itu berjalan, Sha tidak dapat mengikuti Forum dan hanya boleh menonton video dan membuat kuiz yang disediakan. Selepas selesai menjalani kursus tersebut Sha perlu merangka satu kajian tindakan dengan menggunakan web 2.0.
Web 2.0 mengajar Sha cara untuk meneroka strategi untuk dan pendekatan yang berkesan mengintegrasikan web 2.0 dalam pengajaran di sekolah. Dalam kursus ini, Sha didedahkan dengan alat web 2.0 yang digunakan untuk mengatasi masalah komunikasi, kerjasama dan kreativiti yang berlaku di kalangan pelajar.
Pelbagai alat web 2.0 boleh digunakan seperti facebook, blog, audioboo, storyjumper dan lain-lain. Namun begitu, setiap alat mempunyai fungsi yang tersendiri dalam menyelesaikan masalah. Alat yang digunakan haruslah bersesuaian dengan masalah yang terjadi.


Untuk kajian tindakan yang Sha akan jalankan, Sha bercadang menggunakan aplikasi Kahoot!. Aplikasi ini Sha gunakan bagi mengatasi masalah komunikasi. Kebiasaanya Sha hanya menggunakan kaedah talk&chalk. Hal ini menyebabkan sesetengah pelajar menjadi bosan dan kurang minat untuk belajar menyebabakan pelajar menjadi pasif sewaktu di dalam kelas. insyaAllah dalam post yang seterusnya Sha akan terangkan berkenaan aplikasi Kahoot!. see yeah>>>>

Kajian Tindakan


Secara amnya kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan ke atas amalan oleh pengamal, baik secara individu mahupun bersama pengamal lain; untuk mengubah dan menambah baik amalan sedia ada. Dalam bidang pendidikan, pengamal boleh terdiri daripada seorang guru, pentadbir atau seseorang kaunselor sekolah, atau individu lain yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, lazimnya kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan yang dijalankan oleh guru untuk memperbaiki amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, guru boleh menyelidik kaedah pengajaran dan bahan pengajaran yang digunakannya untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajarannya.
Guru juga boleh menjalankan penyelidikan ke atas para pelajarnya bagi mengenal pasti kesukaran yang dihadapi oleh mereka  dalam memahami sesuatu perkara atau topik yang diajar. Melalui penyelidikan yang dijalankan, guru akan beroleh maklumat bagi merangka suatu tindakan yang bakal diambil, diikuti oleh suatu penyemakan sama ada tindakan yang diambil itu berkesan atau tidak. Sekiranya tidak berkesan, maklumat baru akan dikumpul bagi membuat tindakan susulan dengan diikuti penyemakan seterusnya. Penyelidikan ini dijalankan secara berterusan sehinggalah penyelesaian ditemui untuk masalah yang dihadapi. Oleh  itu, kajian tindakan boleh dikatakan menghubungkan suatu penyelidikan dengan tindakan agar tindakan yang diambil oleh guru adalah tindakan yang berasaskan fakta atau maklumat yang diperoleh melalui penyelidikan yang dijalankan oleh guru sendiri sebagai pengamal.

Terdapat beberapa definisi yang sering dirujuk tentang kajian tindakan:

Elliot (1981) - Elliot menyifatkan kajian tindakan sebagai suatu kerangka penilaian kendiri (framework for self evaluation) dan pendekatan yang digunakan, mementingkan aktiviti refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk memperbaiki atau mengubah amalan kendiri dalam lingkungan situasi sosial yang terdiri daripada guru, pelajar, pentadbir, ibu bapa dan individu-individu lain yang berkepentingan. Menurutnya, kajian tindakan juga merupakan penyelidikan situasi sosial yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti tindakan dalam lingkungan sendiri. Definisi yang selalu dijadikan rujukan, khususnya di Malaysia, ialah kajian tindakan guru berkaitan dengan permasalahan harian yang dilalui oleh guru, bukannya masalah teoritikal seperti mana yang dikemukakan oleh penyelidik akademik.

Ebbut (1985) - Ebbut mendefinisikan kajian tindakan sebagai suatu penyelidikan yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan  melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.

McNiff (1988) - McNiff mendefinisikan kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menyedari amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut, dan bersedia untuk mengubahnya. Kajian ini melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka, di samping melibatkan guru-guru lain.

Cochran & Lytle (1990) -  Cochran & Lytle mentakrifkan kajian tindakan sebagai penyelidikan berasaskan bilik darjah yang merupakan inisiatif guru dan dilaksanakan oleh guru. Penyelidikan yang dijalankan membolehkan guru meneroka isu-isu yang menarik perhatian mereka. Pendekatan ini juga membolehkan ilmu guru dijadikan sebahagian daripada literatur pendidikan dan seterusnya, secara tidak langsung, menyumbang ke arah pembinaan struktur pendidikan.

Kember & Gow (1992) - Kember & Gow menyatakan kajian tindakan melibatkan pengamal (guru) yang cuba membaiki pengajaran mereka melalui lingkaran yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian, dan refleksi.

Calhoun (1993) - Calhoun menyatakan bahawa kajian tindakan boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu kajian tindakan individu (individual action research), di mana kajian tindakan dilaksanakan oleh guru secara bersendirian; kajian tindakan kolaboratif (collaborative action research), iaitu penyelidikan yang dilaksanakan oleh sekumpulan guru dengan individu di institusi pengajian tinggi atau yang setaraf dengannya; school wide action research, iaitu penyelidikan yang melibatkan seluruh staf atau guru bersama konsortium sekolah.

McBride & Schostak (1994) - kajian tindakan merupakan refleksi tentang pengajaran sendiri yang dilakukan dalam satu putaran perubahan, di mana fokus utama adalah untuk memperbaiki amalan  kendiri.

Massive Open Online Education (MOOC)


Apa itu MOOC?


Massive open online course (MOOC) adalah kursus terbuka atas talian secara besar-besaran. Model ini adalah untuk menyampaikan kandungan pembelajaran dalam talian untuk mana-mana orang yang mahu mengambil kursus tanpa had kehadiran. MOOC menyediakan bahan-bahan kursus tradisional seperti video, bacaan, set masalah serta forum pengguna interaktif yang membantu membina masyarakat untuk pelajar dan tenaga pengajar.

Bila MOOC diperkenalkan?

The MOOC telah diperkenalkan pada tahun 2008 semasa yang dipanggil "Connectivism dan Pengetahuan perantara" yang telah dibentangkan kepada 25 tuisyen pelajar yang membayar dalam Pendidikan Lanjutan di University of Manitoba sebagai tambahan kepada 2,300 pelajar-pelajar lain dari orang awam yang mengambil kelas dalam talian percuma percuma. 

Untuk siapa MOOC?

Walaupun pembelajaran yang berlaku pada skala yang lebih besar, tanggungjawab tersebut terletak kepada pelajar. Tidak ada tekanan untuk menghadiri forum-forum, menyertai, berhubung dengan guru pengajaran dan menghulurkan pandangan dan sebagainya. Konsep yang ingin diterap dalam kursus ini menuntut anda untuk banyak membaca dan juga berinteraksi tetapi ini tidak wajib (kebanyakan masa). MOOC adalah untuk orang-orang yang mencari ilmu tambahan dengan mengisi masa lapang mereka. 

Ini bukan untuk pelajar pasif kerana ia melibatkan penciptaan kandungan aktif, yang kadang-kadang boleh menjadi huru-hara. Sebagai peserta, anda perlu berupaya untuk mengawal diri dan situasi pembelajaran anda.
MOOC boleh digunakan untuk penjelasan konsep asas dan pemahaman manakala semua kursus-kursus ini adalah percuma, seseorang itu untuk hanya perlu melaburkan masa untuk mendapatkan yang terbaik. Akhirnya, anda membuat keputusan jika anda berjaya atau tidak.


Dimanakah boleh mengakses MOOC?

Di sini senarai beberapa laman web yang menawarkan MOOC percuma :

     Coursera (https://www.coursera.org/)
     Udacity (https://www.udacity.com/)
     EDX (https://www.edx.org/)
     Khan Academy (https://www.khanacademy.org/)
     Udemy (https://www.udemy.com/)
     Codecademy (http://www.codecademy.com/)

Bila sambung pengajian dan ambil kursus SFP6024 barulah Sha tahu yang adanya kursus atas talian ini. Sha rasa model ini sangat-sangat membantu Sha untuk mendapatkan pengetahuan dan maklumat baru yang boleh Sha gunakan dalam pengajaran di sekolah nanti.  Sha akan dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung lebih menarik dan efektif. insyaAllah...